Mukah, 26 Mei 2022 – Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Street Soccer 3 On 3 Mukah telah diadakan pada 25 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Parlimen P.213 Mukah. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Khidmat Parlimen P.213 Mukah dan dikelola oleh Kelab Pengadil Mukah (MRC) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Nizam Bin Mahdi dan turut dihadiri Encik Zume Bin Kaiman mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama ahli jawatankuasa Kelab Pengadil Mukah.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah penentuan tarikh kejohanan, tempat kejohanan berlangsung, jumlah penyertaan pasukan, tarikh akhir menghantar penyertaan dan tarikh taklimat pengurus serta cabutan undi. Johan akan mendapat hadiah wang tunai RM 1,000.00, Naib Johan RM 700.00, tempat ketiga RM 400.00 dan tempat keempat mendapat RM 200.00.
Yuran penyertaan telah ditetapkan oleh penganjur sebanyak RM 50.00 untuk setiap pasukan yang bertanding. Kejohanan ini terhad kepada 32 pasukan yang terawal menghantar penyertaan mereka dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Jun 2022 sebelum pukul 12.00 tengah hari. Taklimat dan cabutan undi pasukan pula akan diadakan pada 2 Jun 2022 pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Parlimen P.213 Mukah. Sebarang urusan pendaftaran boleh menghubungi Encik Syafiq di talian 011-31884640 atau Encik Puad di talian 013-5608819 dan sekiranya memerlukan maklumat yang lebih lanjut boleh menghubungi Encik Mohamad Nizam di talian 017-8024277.
- JBS Sarawak
- Hits: 243
