MIRI, 23 MEI 2022 – Kejohanan Futsal Malaysia Sport League (MSL) Bahagian Miri 2022 telah berlangsung selama dua hari di Stadium Bandaraya Miri pada 21 dan 22 Mei 2022. Pertandingan ini disertai oleh 30 pasukan (lelaki) dan 6 pasukan (wanita).
Gelaran juara futsal lelaki telah dirangkul oleh Warung Futbol E, diikuti Warung Futbol D naib juara, dan tempat ketiga dimenangi oleh Intrim FTB dan Legacy 88 B. Manakala bagi wanita dijuarai oleh Eight United, naib juara Wawasan FT, dan tempat ketiga dimenangi oleh Mixtures FT dan Highlanders FC.
Pasukan Warung Futbol E, Warung Futbol D, Eight United, dan Wawasan FT akan mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Futsal Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak yang akan dilaksanakan pada bulan Julai kelak. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai kejohanan ini.
SEMALAM, 22 May 2022, berlabuh lah tirai Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Bahagian Bintulu. Fenomena MSL di Bahagian Bintulu diakhiri dengan penuh bergaya apabila 32 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita bersaing sengit merebut kejuaraan Kejohanan Futsal sepanjang 2 hari yang lalu. Kejohanan yang dilangsungkan di Kenyalang Futsal Excellent Centre itu merupakan kejohanan terakhir daripada lima jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Keranjang 3X3 dan Badminton Berpasukan. Pasukan Empurau Jr FT dan F10 United FT masing-masing telah menjuarai kategori lelaki dan perempuan, manakala pasukan SDS Team dan F10 United B di kedudukan Naib Juara. Pasukan Tatau FT dan Poppers FT serta Pasukan Wild Dress dan Maverick pula telah berkongsi tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan.
Hadir menyempurnakan Gimik Majlis Pelancaran MSL Peringkat Bahagian Bintulu semalam ialah Puan Lau Hung Ling, wakil kepada Yang Behormat Encik Johnny Pang Leong Ming, ADUN N.68 Tanjung Batu. Beliau sebelum itu berkata, pembangunan belia dan sukan sememangnya menjadi agenda utama dalam manifesto ADUN N.68 Tanjung Batu. Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihak Yang Behormat akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada penganjuran aktiviti seumpama ini yang mampu memberi begitu banyak manfaat kepada masyarakat baik dari segi kesihatan, sosial, ekonomi dan juga gaya hidup. Setelah menyempurnakan gimik pelancaran tersebut, beliau meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebagai tanda penutupan kejohanan.
Sementara itu, Encik Kigen Anak Satong selaku Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Futsal Kenyalang serta para kru selaku penganjur bersama Kejohanan di atas komitmen dan kerja keras dalam menjayakan program ini. Beliau juga mengungkapkan rasa puas hati dan terima kasih beliau di atas sambutan yang begitu hangat daripada komuniti futsal di Bintulu dalam Kejohanan ini. Bagi beliau sesuatu Kejohanan tidak memberi apa-apa makna tanpa adanya penyertaan sesuatu pasukan atau individu. Selain daripada itu, beliau juga mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada empat pasukan (Juara dan Naib Juara) yang akan membawa cabaran Bahagian Bintulu ke Kejohanan Futsal MSL Peringkat Negeri Sarawak pada bulan Julai kelak.
MIRI, 20 MEI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah melakukan persiapan terakhir sebelum kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) berlangsung. Futsal merupakan acara terakhir untuk program Malaysia Sports League (MSL).
Kejohanan tersebut akan diadakan di Stadium Bandaraya Miri pada 21 dan 22 Mei 2022. Segala pemantauan dan persiapan rapi telah dilakukan supaya kejohanan tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya. Setiap kemudahan akan dipastikan lengkap dan di dalam keadaan baik untuk penggunaan para peserta.
MIRI, 23 MEI 2022 – Satu sesi pertemuan penyerahan sijil dan pin Anugerah Gangsa telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan bahagian Miri yang dihadiri oleh guru dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang iaitu Cikgu Empari Hong. Sijil dan pin tersebut telah diserahkan sendiri oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, turut disaksikan oleh Cik Amy Noryanti dari Unit Pembangunan Rakan Muda, dan Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan pada 20 Mei 2022.
Seramai 30 orang peserta yang bakal menerima anugerah gangsa ini. Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa akan diadakan kelak di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.
Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas komitmen dan penglibatan penyertaan ARPRM.
Mukah, 23 Mei 2022- Kejohanan futsal MSL Mukah telah melabuhkan tirainya pada 22 Mei 2022 setelah kesemua pasukan berentap selama 3 hari bermula pada 20 Mei 2022 di Kompleks Sukan Komuniti Mukah.Penglibatan pasukan di kejohanan ini sangat memuaskan masing-masing menyaksikan penyertaan 40 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita.
Hadiah kemenangan dan pingat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan. Turut hadir bersama semasa penyampaian hadiah ialah Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Zume Bin Kaiman, Pegawai Penyelaras MSL Mukah, Encik Tanrapijan Bin Hj.Serakawi, Kelab Protem Futsal Mukah dan Encik Jamal, Jurulatih Bola Sepak PC Mukah.
Mukah, 23 Mei 2022 - Pasukan GERAK PBB 1828 bagi kategori lelaki dan pasukan G-KLO FT kategori wanita telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal MSL Mukah 2022 setelah masing-masing menewaskan pasukan FOOTSALTYPO FT dan FT SCARLET dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 22 Mei 2022.
Tempat ketiga bersama kategori lelaki telah disandang pasukan IGANIAN dan SRM PMU MYTHOS bagi kategori lelaki dan MANCIT DRAGON dan LMNTRIX bagi kategori wanita masing-masing menerima hadiah wang kemenangan RM300.00. Johan lelaki dan wanita masing-masing menerima hadiah wang kemenangan RM1000.00 beserta pingat manakala Naib Johan kategori lelaki dan wanita menerima hadiah kemenangan RM700.00.
Mukah, 23 Mei 2022 - Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL ) Mukah 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Shafrie Bin Saili, Pemangku Residen Bahagian Mukah di Kompleks Sukan Komuniti Mukah. Beliau turut diiringi Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Zume Bin Kaiman, Pegawai Penyelaras MSL Bahagian Mukah.
Sebanyak 40 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita akan beraksi dalam kejohanan futsal MSL Mukah. Johan dan naib johan untuk kategori lelaki dan wanita akan mewakili bahagian Mukah ke Kejohanan MSL Peringkat Negeri Sarawak di Kuching pada 23-24 Julai 2022.
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA SEMPENA MSL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
Sibu, 22 Mei 2022- Pertandingan Futsal sempena Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Sibu telah pun melabuhkn tirainya menandakan berakhirnya pertandingan tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Stadium Tertutup Bukit Lima.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut:
KATEGORI WANITA
1. Johan : MZ Legasi
2. Naib Johan : SDFC
3. Ketiga bersama : Projek PBBS
: Projek SDFC
KATEGORI LELAKI
1. Johan : Starmanok FT
2. Naib Johan : Head Hunters FT
3. Ketiga bersama : K-Six FT
: Gladiators FT
Majlis penyampaian hadiah disempunakan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman , Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Encik Halel bin Ibrahim, Pengerusi Kelab Bola Sepak Sibu District.
Secara rasminya Johan dan Naib Johan bagi setiap ketegori akan mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Negeri yang di jangka akan di adakan pada 23-24 Julai di UNIMAS Samarahan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan ucapan dan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua peserta yang bertanding, PBSM Sibu, RELA Sibu, barisan pengadil, barisan teknikal pertandingan dan tidak dilupakan Pengerusi dan juga ahli jawatankuasa Kelab Bola Sepak Sibu District yang bertungkus lumus membantu sehingga pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.
LIMBANG, 21 Mei 2022 - Disebalik kesibukan mengendalikan acara sukan Malaysia Sport League (MSL), Team Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang sempat meluangkan masa untuk menyantuni jemputan Ramah Tamah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, Menteri Pembangunan Luar Bandar II merangkap Ahli Parlimen P.221 Limbang. Di kesempatan tersebut Team PBS Limbang turut mengambil peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Yang Berhormat Datuk.