KUCHING, 18 Mei 2022 - Satu perbincangan awal telah diadakan di pejabat PERKESO Sarawak. Perbincangan ini telah dihadiri oleh pegawai - pegawai daripada Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-Lead) KBS, Pejabat PERKESO Sarawak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi menyelaras pelaksanaan Karnival Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sarawak. Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kadar kebolehpasaran kerjaya dan penciptaan pekerjaan belia khususnya di negeri Sarawak.
Karnival ini dijangka akan diadakan selama 2 hari dalam bulan September 2022 di Kuching, Sarawak. Beberapa majikan akan dijemput bagi mengadakan sesi temuduga dengan menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia yang berminat
- JBS Sarawak
- Hits: 324
