Mukah, 27 April 2022 – Program Rakan Muda Tadarus adalah sebagai pencetus kepada para belia untuk bersemangat dalam mempelajari Al-Quran. Encik Mohammad Arbi Bin Rosli yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dalam ucapan penutup beliau menasihati para belia supaya sentiasa istiqamah atau secara berterusan untuk mempelajari Al-Quran terutama dalam sebutan huruf dan hukum tajwidnya. Selain itu, beliau turut mengingatkan peserta supaya membaca Al-Quran pada setiap masa dan bukan pada bulan Ramadhan sahaja.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Ramli Bin Ali, Pengerusi Pusat Islam Politeknik Mukah yang telah membimbing peserta dalam bertadarus dan seterusnya kepada mereka yang telah menjayakan program tersebut. Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 279
