KAPIT, 11 APRIL 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis telah mengadakan lawatan ke salah satu gelanggang sukan di bahagian Kapit ini iaitu Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Rumah MAKSAK, Kapit. Gelanggang ini telah dibina pada tahun 2010 yang lalu dan masih digunakan secara aktif sehingga ke hari ini. Banyak kerosakan yang telah dikenalpasti antaranya seperti tiang gol yang hampir patah, cat dan garisan yang semakin pudar, pagar yang telah rosak serta tandas yang tersumbat. Oleh yang demikian, untuk menjamin keselamatan dan keselesaan para pengguna untuk bersukan dan beriadah menggunakan fasiliti sukan ini, lawatan pemeriksaan telah diadakan semalam oleh Puan Olivia bersama En. Martin Sherman, Pegawai Unit Pembangunan Sukan bagi mengenal pasti skop-skop kerja baikpulih dan selenggara. Gelanggang sukan ini masih diselia oleh Kelab Gimnasium Rakyat Kapit sehingga kini. Oleh itu, satu perjumpaan bersama pihak kelab akan dilaksanakan segera untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit berkenaan gelanggang tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 272
