MIRI, 5 APRIL – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan, JKP, JKPAK dan JKPA secara atas talian pada 4 dan 5 April 2022.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan dihadiri oleh Encik Ronnie Boniface Nugi (Timbalan Pengarah), Puan Fatimah Abdul Rahman (Penolong Pengarah Sukan), Encik Rahmat bin Elli (Penolong Pengarah Rakan Muda) semua ketua pejabat, wakil ketua pejabat dan pegawai-pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
PBSB Miri akan melaksanakan beberapa program peringkat negeri dan bahagian yang telah dirancang oleh Seksyen Belia, Sukan dan Rakan Muda bermula pada bulan Mei 2022. Semoga program-program yang dirancang pada tahun ini akan dapat dilaksanakan dan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat khusunya belia dalam fasa endemik ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 238
