BINTULU, 28 MAC 2022 – Setelah sekian lama dijadikan sebagai pusat saringan Covid-19, Stadium Bola Keranjang Bintulu akan kembali kepada fungsi asalnya. Ini kerana pada 2 April 2022 nanti akan berlangsungnya Kejohanan Bola Keranjang 3x3 untuk kategori lelaki dan wanita MSL peringkat bahagian Bintulu. Pada jam 2.30 petang telah diadakan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan dan sesi cabutan undi bagi Kejohanan tersebut. Seramai 16 pengurus pasukan lelaki dan 9 pengurus pasukan wanita hadir pada hari tersbut. Mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh pegawai projek iaitu Encik Hailey Robson, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Turut hadir menyampaikan taklimat berkenaan peraturan pertandingan adalah pengerusi Jawatankuasa penganjur iaitu Encik Ricky Si Chee Hwa.
- JBS Sarawak
- Hits: 277
