- JBS Sarawak
- Hits: 271
PASUKAN POWERPUFF GIRLS MERANGKUL JOHAN KATEGORI LELAKI KEJOHANAN BOLA KERANJANG 3X3 MSL PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2022
MIRI, 4 APRIL 2022 – Perlawanan akhir bagi acara bola keranjang 3X3 kategori lelaki bersempena Malaysia Sports League di Piasau Boat Club pada 2 April 2022 menyaksikan perlawanan sengit di antara pasukan lelaki Power Puff Girls dan 2094 di mana pasukan Powerpuff Girls merangkul johan dan membawa pulang RM600.00 beserta medal.
Pasukan 2094 mendapat tempat kedua dan membawa pulang RM400.00 manakala pasukan M.L dan Poison mendapat tempat ketiga bersama masing-masing membawa pulang RM200.00. Pasukan Power Puff Girls dan 2094 akan mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Bola Keranjang 3X3 Malaysia Sports League Peringkat Negeri Sarawak 2022.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diiringi oleh Encik Idham Khalid dari Piasau Boat Club.
- JBS Sarawak
- Hits: 271
