Sibu, 10 April 2022- Telah berlangsung program Tadarus Al-quran Peringkat Bahagian Sibu bertempat di Surau Darul Jannah, Kampung Datu Baru. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Bahagian Sibu serta KRT Kg Datu Baru, dan juga Surau Darul Jannah, Kampung Datu Baru, Sibu
Seramai 20 orang belia berumur 15 – 25 tahun telah memulakan program tadarus ini pada 3 April 2022 dan akan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dijangka akan diadakan sebelum 26 April 2022.
Pejabat ini berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan para peserta dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang benuh barakah ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian.
Turut hadir program tadarus Al- quran pada malam ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Siti Nurfatimah Binti Hussen, Pegawai Perpaduan Bahagian, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Bahagian Sibu dan juga Encik Ali Supian Bin Daud, Pengerusi KRT Kg Datu Baru, Sibu merangkap Pengerusi Surau Darul Jannah, Kampung Datu Baru, Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 268
