- JBS Sarawak
- Hits: 300
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN
KOTA SAMARAHAN, 11 APRIL 2022 - Bulan suci Ramadhan selalu ditunggu kedatangannya oleh umat Islam karena terdapat banyak kebaikan di dalamnya. Umat Islam di seluruh penjuru dunia berlumba-lumba untuk mencari kebaikan di bulan Ramadhan. Salah satu amal kebaikan di bulan Ramdhan yang banyak dijalankan seorang Muslim adalah dengan tadarus Al Quran.
Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus Dan Khatam Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan telah diadakan bermula 3 April 2022 sehingga 22 April 2022 bertempat di Masjid Taman Desa Ilmu Kota Samarahan. Program Tadarus ini akan berlangsung selama 20 hari yang melibatkan seramai 20 orang peserta daripada kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) dengan bimbingan 2 orang tenaga pengajar daripada Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak Masjid Taman Desa Ilmu Kota Samarahan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 300
