KEJOHANAN BOLA KERANJANG MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) 2022 BAHAGIAN KUCHING
KUCHING 03 APRIL 2022
Kejohanan Bola Keranjang Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Kuching 2022 telah berlangsung pada 03 April 2022 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Penyertaan adalah sebanyak 21 pasukan dari pelbagai daerah di Bahagian Kuching.
Sambutan amat menggalakkan dari kalangan anak- anak muda sekitar Bahagian Kuching. Mereka mengsyorkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menarik minat lebih ramai penyertaan dan secara tidak langsung dapat mencari serta mencungkil bakat- bakat baru dalam sukan Bola Keranjang.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Margaret Sawing Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching bersama Encik Hoo Kui Seng mewakili Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching. Kejohanan MSL kali ini telah dimenangi oleh pasukan God Apparel , JWDC selaku Naib Johan dan pasukan Water Team dan Au Yang masing- masing menduduki tempat ketiga Bersama.
- JBS Sarawak
- Hits: 335
