- JBS Sarawak
- Hits: 281
SALAM RAMADHAN 1443H
SALAM RAMADHAN 1443H
KUCHING O1 APRIL 2022
Bulan suci Ramadhan sebentar lagi datang. Bulan Ramdhan kali ini dapat menjadi momentum bagi umat muslim kembali melakukan berbagai amalan baik kerana rahmat yang dikuniakan Allah swt melimpah. Meskipun masih dalam situasi pandemi, berbagai keterbatasan kerana pandemi tidak menghalangi niat masyarakat untuk beramal.
Justeru itu, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching telah mengadakan jamuan ringkas diselit perbincangan aktiviti bersama Pegawai dan kakitangan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sarawak, Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak sebagai penghargaan sempena menyambut ketibaan bulan suci Ramadhan yang penuh berkah.
Cik Margaret Sawing Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching mengucapkan selamat beribadah puasa Ramadhan kepada semua warga muslim. Bulan suci ini dijadikan momentum untuk introspeksi diri dan meningkatkan kualiti keimanan serta ketakwaan kita kepada Tuhan yang Maha Esa agar terhindar dari perbuatan tercela.
Momentum Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah agar dapat melakukan hal-hal dan kegiatan yang bermanfaat bagi sesama dan yang terkait dengan peribadatan.
- JBS Sarawak
- Hits: 281
