MIRI, 28 MAC 2022 – Pemantauan SOP Sukan Fasa 4 telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama dengan Sports Bubble Volunteer bagi program Klinik Pencarian Bakat Unit Sukan Teras 2022 anjuran Perbadanan Sukan Sarawak yang telah diadakan di gelanggang tenis, Kementerian Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).
Seramai 40 orang peserta yang berumur di bawah 12 tahun telah menyertai program tersebut. Hasil pemantauan mendapati pihak penganjur dan para peserta mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pemantauan dilakukan selama 2 hari iaitu pada 26 hingga 27 Mac 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 276
