- JBS Sarawak
- Hits: 252
PEMANTAUAN RAKAN MUDA SPORT BUBBLE VOLUNTEERS (RM-SBV) SEMASA PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSL 2022 BAHAGIAN KAPIT
KAPIT, 21 MAC 2022 - Pemantauan Rakan Muda Sport Bubble Volunteers (RM-SBV) semasa Pertandingan Sepak Takraw MSL2022 Peringkat Bahagian Kapit yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Mac yang lalu di Gelanggang Sepak Takraw Sri Balleh, Kapit. Selain itu, pemantauan juga telah dilaksanakan di premis Gimnasium Rakyat Kapit pada hari yang sama. Pemantauan ini adalah bertujuan untuk memastikan semua penganjur dan pengusaha fasiliti sukan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang telah diwartakan oleh kerajaan semasa Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 ini. Seramai tiga orang sukarelawan telah bertugas semasa pemantauan kali ini. Skuad pemantauan telah diketuai oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
- JBS Sarawak
- Hits: 252
