MUKAH, 17 MAC 2022 – Satu perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Rumah Panjang dan wakil pejabat Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab telah diadakan di Rumah Panjang Berik, Nanga Sikat bersempena program Kursus Asas Gunting Rambut anjuran Pusat Khidmat N.57 Tellian dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 19 Mac 2022.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengadakan pameran di rumah panjang bersama agensi yang terlibat sebagai pendedahan kepada masyarakat rumah panjang peranan agensi tersebut. Selain itu, taklimat untuk menubuhkan kelab belia atau kelab sukan mewakili rumah panjang akan diadakan. Penubuhan kelab akan merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut di samping menggerakkan golongan belia lebih aktif terutama yang melibatkan agensi kerajaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 310
