- JBS Sarawak
- Hits: 274
PBSB MIRI HADIR MESYUARAT PENYELARASAN MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) 2022 SECARA MAYA
MIRI, 9 MAC 2022 - Encik Roley anak Lagir (Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri) bersama Cik Norafizahwati binti Bnating dan Encik Roger Donny dari Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Malaysia Sport League (MSL) 2022 Peringkat Negeri Sarawak dan Bahagian yang telah diadakan menerusi aplikasi google meet. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan dihadiri oleh semua pegawai-pegawai bahagian dan pegawai unit sukan di setiap pejabat bahagian.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Malaysia Sport League yang akan dilaksanakan bermula pada 19 Mac 2022 dan serentak di seluruh negeri Sarawak dan dijangka tamat untuk peringkat bahagian pada Mei 2022. Setelah itu, MSL diteruskan pula untuk peringkat negeri dan kebangsaan yang dijadualkan berlangsung bermula Jun 2022 hingga Ogos 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 274
