KAPIT, 2 MAC 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Pn. Olivia Kaminis telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tuan Residen Bahagian Kapit, En. Nyurak Keti pada hari ini bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kapit. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan kepada Residen berkenaan perancangan pejabat untuk menganjurkan beberapa program di bahagian Kapit termasuklah Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Bahagian Kapit akan bermula pada pertengahan bulan Mac sehingga Mei tahun ini.
Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bersama agensi kerajaan, swasta dan persatuan sukan tempatan bagi melancarkan lagi penganjuran program kelak. Residen juga memohon dan memperingatkan agar pihak penganjur menekankan beberapa aspek termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa yang digunakan pakai dan perancangan pelan kontigensi jika kes jangkitan di bahagian ini semakin meningkat yang secara tidak langsung akan menganggu perjalanan program.
Pada akhir sesi, Pn. Olivia telah menyampaikan kertas kerja dan perancangan program kepada Residen Kapit. Hadir bersama dalam sesi ini adalah Ketua Seksyen Tranformasi Sosial, En. Belayong Pok.
- JBS Sarawak
- Hits: 370
