- JBS Sarawak
- Hits: 408
SESI MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS ENCIK AWANG MOHAMAD PAKAR BIN AWANG WAHAB
Sibu, 28 Februari 2022 - Sesi menandatangani dan penyerahan nota serah tugas secara rasmi oleh Encik Awang Mohamad Pakar bin Awang Abdul Wahab kepada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu pada hari ini yang juga merupakan hari terakhir beliau bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu sejak 14 Januari 2011. Beliau akan mula berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bermula 1 Mac 2022.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas jasa dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas di PBSB Sibu. Selamat bertugas ditempat baru dan selamat maju jaya.
- JBS Sarawak
- Hits: 408
