- JBS Sarawak
- Hits: 427
TIADA LAIN SELAIN MENJADI JUARA
KUCHING, 21 FEBRUARI 2022 – ‘Nothing less than to be a champion!’ begitulah kata-kata semangat yang dilaungkan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) dalam satu sesi bersama atlet Sukan Para Sarawak ke Para Sukma 2022 yang telah diadakan pada 17 Februari yang lalu bertempat di Imperial Hotel .
Hajah Fatimah juga memaklumkan bahawa kontinjen Sukan Para Sarawak akan menyertai ke sepuluh acara yang akan dipertandingkan dalam Para Sukma 2022 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini di Kuala Lumpur. Dengan kelebihan 108 atlet, Sarawak berpotensi untuk menjadi juara, tambahnya lagi.
Dalam pada itu latihan intensif sudah bermula bagi menempah tiket ke Sukma 2022.
Terdahulu, satu taklimat mengenai Sukan Para Sukma 2022 telah disampaikan oleh Cikgu Metthew Chin Hiong Choi, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan OKU, KPWK.
Majlis juga diserikan dengan acara Apresiasi Atlet Para oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK).
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri-Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Setiausaha Tetap Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat Anak Nyalau serta pegawai-pegawai dari JBS Sarawak dan KPWK.
- JBS Sarawak
- Hits: 427
