- JBS Sarawak
- Hits: 273
Sesi Lawatan Tapak Cadangan Lokasi Premis bagi Satelit Kampus Bandar ILKBS di Sibu
Sibu, 8 Februari 2022 - Sesi lawatan tapak ke cadangan lokasi @ premis bagi pelaksanaan Satelit Kampus Bandar ILKBS di Sibu telah diadakan disekitar Sibu dan Sibu Jaya.
Lawatan tapak telah disertai oleh Encik Azli bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perancangan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Pembangunan Kemahiran.
Turut hadir sesi lawatan tapak tersebut Tuan Pengarah IKBN Miri, Encik Abdul Rahim bin Md. Shariff dan juga Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Lawatan tapak berlangsung jam 8 pagi sehingga jam 5 petang bagi mengenalpasti lokasi @ premis yang sesuai untuk dijadikan tempat untuk pelaksanaan Satelit Kampus Bandar IKLBS di Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 273
