20 JANUARI 2022, SIBUPerhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bil 1/202220 Jan 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri perhimpunan Bulanan peringkat JBSN Sarawak Siri 1/2022 bertempat di Auditorium Kompleks JBSN Sarawak. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari semua bahagian, Pesuruhjaya Sukan Negeri, Pejabat Pertubuhan Belia Sarawak, Kombes dan juga ILead. Dalam ucapan aluan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang Berusaha, Encik Lamat anak Nyalau, beliau menegaskan perkara-perkara seperti etika dan intergriti selaku penjawat awam, meningkatkan keupayaan bekerja berpasukan agar tugas-tugas yang dilaksanakan tercapai dengan baik. Dalam ucapan beliau juga turut mengingatkan semua kakitangan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mengekalkan budaya hidup aktif. Di perhimpunan ini juga telah dilaksanakan penyampaian anugerah pekerja terbaik bulanan bagi bulan Okt hingga Dec 2021.
19 JANUARI 2022, SIBUPegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Berkala Siri 1/2022 Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan selama 2 hari pada 19 hingga 20 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama di ibu pejabat JBS Negeri Sarawak. Mesyuarat Berkala yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak meliputi beberapa mesyuarat lain antaranya Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan, Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah, Mesyuarat Bersama Jabatan dan juga Mesyuarat Pengurusan bagi tahun 2022. Dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa perkara termasuk pelaporan sukuan tahun ke 4/2021, intergriti, isu-isu yang terlibat dan juga keperluan serta perancangan untuk tahun 2022 ini. Turut hadir bersama di mesyuarat tersebut adalah pegawai-pegawai dari semua bahagian dan Kombes.
BINTULU, 18 JANUARI 2022 – Pada 15 dan 16 Januari lepas, telah berlangsung Program Borneo E-Sport Workshop 2022 bertempat di Kingwood Hotel Sibu. Program yang dianjurkan oleh Sibu District Esport Club ini telah dihadiri lebih 150 orang peserta yang terdiri dikalangan belia di sekitar Negeri Sarawak khususnya di Bahagian Sibu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang juga ahli Kelab Sarawak Youth and Sport Gaming (SAYAS) juga turut hadir menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan seperti Mini Bootcamp by Kelvin Pang selaku Pengurus Orange Esport Malaysia, Training and Coaching by Critics iaitu Jurulatih Sarawak Sukma Esport yang pastinya memberi ilmu dan manfaat kepada belia khususnya di Negeri Sarawak dalam menceburi dunia E-Sports. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut berkesempatan hadir pada majlis pembukaan dan penutup program yang disempurnakan oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Kesenian Sarawak. Pihak pejabat berharap program ini akan dianjurkan lagi dengan lebih meluas agar seluruh penggemar e-sports di Negeri Sarawak ini dapat turut sama serta.
Sibu, 16 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Encik Lamat Anak Nyalau telah menghadiri majlis perasmian pembukaan dan penutup Program Borneo E-Sport Workshop 2022 bertempat di Kingwood Hotel yang telah berlangsung selama 2 hari. Seramai 150 orang peserta yang terdiri dikalangan belia di sekitar negeri Sarawak khususnya bahagian Sibu telah mengambil bahagian.Program anjuran Sibu District Esports Club ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Kesenian Sarawak.
Sibu, 14 Januari 2022 - Lawatan rasmi yang pertama bagi tahun 2022 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Encik Lamat anak Nyalau ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pertemuan dan perbincangan pada petang banyak menjurus hal- hal pentadbiran dan penambahbaikan untuk tahun 2022.Pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar kepada pegawai dan kakitangan PBSB Sibu.
Sarikei, 14 Januari 2022 – Persatuan sukan dan kelab sukan serta agensi kerajaan di Sarikei menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dalam menganjurkan program sukan di Sarikei. Program sukan yang merangkumi semua jenis sukan akan dirangka bagi memenuhi kehendak masyarakat di Sarikei terutama program yang melibatkan golongan belia. Perbincangan awal berkaitan perkara tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Sarikei. Fokus utama perbincangan ialah aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2022 di Sarikei dan program sukan yang lain sepanjang tahun. Turut hadir bersama semasa perbincangan ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei iaitu Encik Mohd Johari Abdullah.
KUCHING, 12 JANUARI 2022 – Melalui program sukarelawan yang berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’, keperihatinan warga Sarawak akan melaksanakan misi kemanusiaan bantuan banjir di semenanjung Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Sumbangan dana program sebanyak RM 30,000.00 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Safiee Bin Haji Ahmad, Setiusaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak dan turut dihadiri Encik oleh Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bertempat di Pejabat SABERKAS Negeri Sarawak.Solidariti anak Sarawak terhadap mangsa banjir di negeri-negeri tersebut dizahirkan dengan kerjasama diantara beberapa NGO serta agensi seramai 30 orang sukarelawan bagi membantu meringankan beban dalam mengharungi musibah banjir yang melanda. Agensi yang terlibat di dalam program sukarelawan ini antaranya adalah Malaysian Relief Agensi Sarawak (MRA), Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pangkalan Udara Kuching TUDM, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), Sukarelawan Jalanan Kuching dan Persatuan Anak Sarawak.Pelaksanaan program sukarelawan ini akan diselaraskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan Malaysian Relief Agensi Sarawak (MRA).
KOTA SAMARAHAN, 04 JANUARI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Majlis Penutupan Karnival Sukan Komuniti Asajaya 2021 anjuran Kelab Sukan Komuniti Asajaya bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Majlis penutupan tersebut telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Ahli Parlimen p197 Kota Samarahan. Dalam majlis penutupan tersebut beliau telah menyampaikan hadiah kepada para-para pemenang di setiap acara yang dipertandingkan antaranya Pertandingan E-sport, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Badminton dan Pertandingan Ping Pong. Turut hadir dalam majlis penutup tersebut ialah Tuan Rais Bin Rahmat, Pegawai Daerah Asajaya dan AJK Kelab Sukan Komuniti Asajaya
SAMARAHAN, 10 JANUARI 2022 – Timbalan Pengerusi JPPBGP Kota Samarahan, Encik Abdul Latip telah mengadakan perjumpaan ringkas bersama Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Encik Muhammad Naim Bin Abdul Nasir, selaku Bendahari JPPBGP Kota Samarahan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Perjumpaan tersebut dibuat bagi membincangkan perkara berkenaan dengan perlantikan baru Pengerusi JPPBGP Kota Samarahan dan Majlis perpisahan Pengerusi JPPBGP Kota Samarahan sebelum ini Dr Thaddius Herman Maling yang telah bertukar ke Jabatan Kesihatan Labuan.