SAMARAHAN, 09 JANUARI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan di bawah Rakan Muda Sports Bubble Volunteer Bahagian Samarahan dan telah membuat pemantauan ke atas pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi penganjuran aktiviti Sukan Berbasikal “S-criterium 2022 Roadbike Challenge” anjuran Founder Sarawak Cycling Event. Acara Sukan Berbasikal “S-Criterium 2022 Roadbike Challenge” ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Junior, Kategori Open dan Kategori Veteran.Pemantauan pematuhan sop penganjuran aktiviti sukan telah dilakukan oleh 2 orang Sukarelawan yang telah dilantik oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan diseliakan oleh Encik Muhammad Naim Bin Abdul Nasir.Pemantauan penganjuran acara sukan ini dilakukan adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap pematuhan penganjur acara sukan dan rekreasi di bahagian Samarahan ini terhadap sop yang telah ditetapkan dalam usaha negara menangani pendemik COVID-19 dan seterusnya memastikan kelangsungan industri sukan secara keseluruhannya.
4 Januari 2022 - SIBUProgram E-Learning Google Forms anjuran bersama Mahasiswa UUM Pace Sibu, Caliphs Technology dan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu telah berlangsung secara Webinar Google Meet.Kursus ini akan dikendalikan oleh Cik Sharifah Nurhidayah. Beliau adalah pemegang MBA dan Pengasas Urban Jungle Asia. Dan program ini disertai seramai 35 peserta dari pelbagai tempat. Turut bersama wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, En. Awang Mohd Pakar Bin Abdul Wahab. Dan sepanjang program dikendalikan oleh moderator En Terence Tan dari Unit Belia, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu.
Sibu, 15 Disember 2021 - Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Vaccine Support Volunteers (MYVAC) kepada wakil Sukarelawan MYVAC Daerah Kanowit yang diketuai oleh En. Cassius Enchana. Majlis penyerahan sijil tersebut disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu iaitu Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman bertempat di PBSB SIBU, Tingkat 4, Wisma Persekutuan Sibu PBSB SIBU merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Sukarelawan MYVAC Daerah Kanowit seramai 29 orang yang bertungkus lumus membantu di PPV Kanowit dari bulan April hingga Ogos 2021.
MIRI, 14 DISEMBER 2021 – Rakan Muda Sports Bubble Volunteer bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah memantau Bengkel Sukan Pickleball 2021 anjuran Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bahagian Miri denagn kerjasama Persatuan Pickleball Miri pada 11 Disember 2021 di Pusat Tennis Miri.Seramai 40 orang peserta yang berusia 12 hingga 60 tahun terlibat dalam empat sesi bengkel program tersebut. Hasil daripada pemantauan tersebut mendapati penganjur program tersebut mematuhi SOP sukan yang telah ditetapkan oleh KBS dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak.
MIRI, 14 DISEMBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menyantuni Program Belia Prihatin 2021 anjuran Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak Bahagian Miri pada 11 Disember 2021 yang lalu.Sebanyak tiga buah JKKK iaitu kawasan Piasau, Senadin dan Pujut Adong telah menghadiri program tersebut. Setiap JKKK telah menerima sumbangan untuk diserahkan kepada 10 orang penerima yang berumur 18 hingga 40 tahun yang terjejas akibat pandemik Covid 19.Program tersebut adalah dengan kerjasama Persatuan Belia Miri dan Pertubuhan Kebajikan Amal Mulia Miri. Sukarelawan belia Miri membantu pihak JKKK untuk menghantar sumbangan tersebut dari rumah ke rumah. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Encik Rynnile Elsther Peter dari Unit Pembangunan Rakan Muda PBSB Miri.
MIRI, 14 DISEMBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Energetic Miri dan IKBN Miri telah mengadakan Klinik Asas Sukan Teqball Peringkat Bahagian Miri pada 11 Disember 2021.Seramai 20 orang peserta berkumpul di Dewan Serbaguna IKBN Miri telah menghadiri sesi teori dan praktikal sukan Teqball yang julung kali diperkenalkan di Bahagian Miri. Sukan yang masih baru di Malaysia ini berasal dari negara Hungary menggunakan bola sepak dan meja lengkuk seperti meja pingpong melibatkan 2 hingga 4 orang pemain dalam satu masa.Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Klinik Asas Sukan Teqball Peringkat Bahagian Miri 2021 telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir ialah Encik Shariman Bin Basir mewakili Pengarah IKBN Miri dan Encik Robson Jok Laeng, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Energetic Miri.
MIRI, 14 DISEMBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Rhema telah mengadakan Kursus Pemasaran Secara Atas Talian : Social Media Marketing 2021 Peringkat Bahagian Miri pada 11 dan 12 Disember 2021.Kursus yang diadakan selama dua hari itu telah dihadiri seramai 15 orang peserta di Makmal Komputer, IKBN Miri. Para peserta telah diberi kefahaman dan meningkatkan kemahiran mengenai perniagaan atas talian melalui penggunaan platform aplikasi bermula daripada memasarkan produk sehingga ke menghantar tempahan produk kepada pelanggan. Selain itu, para peserta juga telah diberi sedikit latihan secara asas untuk mempromosi produk menggunakan aplikasi Facebook Market, Instagram, Tiktok, dan Youtube.Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Kursus Pemasaran Secara Atas Talian : Social Media Marketing 2021 telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir ialah Encik Shariman Bin Basir mewakili Pengarah IKBN Miri dan Encik Roderick Laeng, Pengerusi Persatuan Belia Kristian Rhema.
KUCHING, 13 DISEMBER 2021 – Program MyFit@Community Negeri Sarawak 2021 telah melabuhkan tirainya pada 13 Disember 2021, Isnin yang mana diakhiri oleh satu sesi khas iaitu acara cabutan bertuah. Sesi ini dikelolakan oleh Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak secara maya melalui laman Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak – Rasmi.Sesi cabutan bertuah ini diadakan bersempena dengan aktiviti KBSPolyCC Sarawak Virtual Run 2021 yang telah diadakan pada 12 Disember 2021. Seramai 576 orang yang telah mendaftar dan mengambil bahagian untuk larian ini.Untuk rekod, program MyFit@Community Negeri Sarawak 2021 bermula pada 30 Oktober 2021 iaitu Siri 1 senamrobik Virtual, Siri 2 Aerofit Step Board dan Siri 3 Jump Rope Exercise & Resistance Band Workout. Ketiga – tiga sesi ini dikendalikan oleh KBSi Pn. Norliati Li dan En. Sukiman Adenan secara maya menerusi media sosial Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak – Rasmi.
Sarikei, 06 Disember 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama Kolej Komuniti Sarikei telah menganjurkan program Rakan Muda Day Out peringkat bahagian Sarikei pada 4 Disember 2021 bersempena dengan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2021. Program berbentuk aktiviti gotong royong mengutip sampah itu telah diadakan di kawasan Waterfront Sarikei. Sebanyak 12 orang pelajar dari Kolej Komuniti Sarikei telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan tersebut. Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sarikei, Cik Nurina Pilin Anak Sibat, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Sarikei, Puan Ainul Nabihah Binti Mohd Zahari, Pensyarah Kolej Komuniti Sibu dan Encik Ahmad Shuhaib Bin Hamali, Pensyarah Kolej Komuniti Sibu.