Sarikei, 11 Februari 2022 – Satu majlis ringkas sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti Encik Mohammad Arbi Bin Rosli selama berkhidmat di Sarikei telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Beliau akan melapor diri dan mula bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 14 Februari 2022. Hampir 9 tahun beliau berkhidmat di Sarikei, beliau merupakan seorang pegawai yang peramah dan rajin dalam melaksanakan tugasnya. Selain itu, beliau seorang yang bersemangat tinggi dalam melaksanakan program-program pejabat semasa berkhidmat di Sarikei. Semoga beliau terus maju jaya dan memberi khidmat sumbangan yang lebih banyak di tempat baru kelak. Hadir bersama di majlis tersebut ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
- JBS Sarawak
- Hits: 400
