KOTA SAMARAHAN, 20 FEBRUARI 2022 - Sukarelawan Rakan Muda Sport Bubble Bahagian Samarahan telah membuat pemantauan sop acara sukan bagi Cabaran Sepak Takraw Kota Samarahan 2022 di Stadium Tertutup Kota Samarahan yang berlangsung selama 3 hari pada 18 - 20 Februari 2022. Kejohanan ini dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan. Kira-kira seramai 390 orang peserta dan penonton yang hadir di kejohanan tersebut.
Pemantauan sop acara sukan telah dilakukan juga oleh Encik Abu Bin Amir, Ketua Unit Belia / Rakan Muda bersama Puan Norliati Binti Li, Pembantu Unit Belia / Rakan Muda.
Pemantauan penganjuran acara sukan ini dilakukan adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap pematuhan penganjur acara sukan dan rekreasi di bahagian Samarahan ini terhadap sop yang telah ditetapkan dalam usaha negara menangani pendemik COVID-19 dan seterusnya memastikan kelangsungan industri sukan secara keseluruhannya. Hasil daripada lawatan pemantauan setakat ini mendapati penganjur telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 354
