Mukah, 07 Mac 2022 – Usaha murni Persatuan Tenis Bahagian Mukah bagi pembangunan sukan tenis telah dilaksanakan pada 05 Mac 2022 yang bertujuan untuk mencungkil minat dan bakat cilik dalam sukan tenis. Program menyasarkan penyertaan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas di kalangan anak-anak ahli persatuan dan masyarakat di Mukah. Penyelaras program ialah Encik Anthony Akup dan Encik Jayson John telah dibantu oleh jurulatih tenis iaitu Encik Norman Hakimi, Encik Abbie Shahridzan, Encik Richard Revis dan Encik Hamzah Ali. Program telah bermula seawal 7.00 pagi bertempat di Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Bahagian Mukah. Encik Zume Bin Kaiman telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir ke Gelanggang Tenis Persatuan Tenis Bahagian Mukah menunjukkan tanda sokongan pejabat terhadap program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 306
