- JBS Sarawak
- Hits: 314
KEKALKAN GAYA HIDUP SIHAT
BINTULU, 14 MAC 2022 – Baru-baru ini Kelab Putra Fitness, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Fitness Clinic: Fitness For Your Life bagi memberi pendedahan kepada pelajar di universiti berkenaan khususnya berhubung pengetahuan tentang kepentingan sukan dan juga kesihatan untuk dipraktikkan dalam kehidupan serta mencetuskan motivasi yang positif dalam diri peserta untuk kekal mengamalkan gaya hidup sihat.
Encik Nazirul Athif bin Mohamad Razif dari Cawangan Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah dijemput sebagai penceramah bagi slot yang bertajuk Go Healthy Go Fit. Program secara atas talian yang dihadiri 100 orang peserta ini diharapakan dapat memberi impak dan manfaat bagi melahirkan pelajar yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal malah merangkumi aspek mental.
- JBS Sarawak
- Hits: 314
