KEJOHANAN MALAYSIA SPORTS LEAGUE BAHAGIAN KUCHING 2022
KUCHING 19 HINGGA 20 MAC 2022
Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Kuching 2022 telah berlangsung selama dua hari mulai 19 hingga 20 Mac 2022 di Dewan Persatuan Sepaktakraw Sarawak. Penyertaan adalah sebanyak 16 pasukan dari pelbagai daerah di Bahagian Kuching.
Sambutan amat menggalakkan dari kalangan anak- anak muda sekitar Bahagian Kuching. Mereka mengsyorkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menarik minat lebih ramai penyertaan dan secara tidak langsung dapat mencari serta mencungkil bakat- bakat baru dalam sukan sepaktakraw.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Margaret Sawing Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching bersama Encik Bujang Hossen mewakili Persatuan Sepaktakraw Bahagian Kuching. Kejohanan MSL kali ini telah dimenangi oleh pasukan Sri Sena, Mypham selaku Naib Johan dan pasukan Bom Ayi dan Kapchai, masing- masing menduduki tempat ketiga Bersama.
- JBS Sarawak
- Hits: 428
