- JBS Sarawak
- Hits: 254
ARUZONA JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) 2022 PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG
LIMBANG, 21 Mac 2022 – Pasukan dari Lawas iaitu Aruzona telah berjaya merangkul juara menewaskan pasukan La Familia dari Limbang pada aksi perlawanan Akhir Pertandingan Sepak Takraw MSL 2022 Peringkat Bahagian Limbang. Pertandingan yang berlangsung pada 19 – 20 Mac 2022 dan bertempat di Dewan Terarak Beimpun, Kampung Meritam, Limbang ini berjaya mengumpulkan sebanyak 34 pasukan dari Bahagian Limbang.
Aruzona selaku Johan menerima wang sebanyak RM 600.00 bersama pingat, manakala Naib Johan pasukan La Familia pula menerima wang sebanyak RM 400.00. Pasukan KSTM B dan Pewariz STC ‘B’ terpaksa berpuas hati dengan masing-maisng menerima RM 200.00 sebagai tempat Ketiga Bersama. Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Limbang ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada Jun nanti.
- JBS Sarawak
- Hits: 254
