MIRI, 18 MAC 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada Kelab Belia Perkasa Taman Marina pada 18 Mac 2022. Kelab tersebut yang diwakili oleh Cik Phoebe Francescia dan Encik Henry Bala Ferry menyantuni PBSB Miri untuk mendapatkan idea dan maklumat mengenai program belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai persediaan kelab untuk bekerjasama dengan PBSB Miri pada masa akan datang.
Kelab Belia Perkasa Taman Marina yang ditubuhkan pada tahun 2020 telah melaksanakan pelbagai program berbentuk pendidikan kepada belia lepasan sekolah dan sumbangan kepada keluarga susah di pedalaman Miri. Semenjak negara dilanda pandemik Covid-19, ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk kesedaran dan pendidikan secara atas talian.
- JBS Sarawak
- Hits: 317
