- JBS Sarawak
- Hits: 317
JOHAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) 2022 PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG MILIK PASUKAN HOTSHOTS
LIMBANG, 28 Mac 2022 – Pasukan Hotshots telah berjaya merangkul juara menewaskan pasukan Newborn pada aksi perlawanan Akhir Pertandingan Bola Jaring MSL 2022 Peringkat Bahagian Limbang. Pertandingan yang berlangsung pada 26 - 27 Mac 2022 dan bertempat di Gelanggang Bola Keranjang RPR Fasa 2 Batu Biah,Limbang ini berjaya mengumpulkan sebanyak 10 pasukan dari Bahagian Limbang.
Hotshots selaku Johan menerima wang hadiah kemenangan sebanyak RM 1,000.00 bersama pingat, manakala Naib Johan pasukan Newborn pula menerima hadiah sebanyak RM 700.00. Pasukan Vale dan SFC Mixx terpaksa berpuas hati dengan masing-masing menerima RM 300.00 sebagai tempat Ketiga Bersama. Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Limbang ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada Jun nanti. Hadiah disampaikan oleh Puan Kalthom Binti Ahmad, Ketua Imigresen Bahagian Limbang dan diiringi oleh Encik Yaman Bin Yahya, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang
- JBS Sarawak
- Hits: 317
