25 Mac 2022, Bintulu – Semalam, Jawatankuasa Teknikal Bola Jaring MSL 2022 telah mengandalikan Taklimat Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Bahagian Bintulu Bersama Pengurus Pasukan secara virtual menggunakan platform ‘Google Meet’. Taklimat ini turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu serta Pegawai Projek MSL Bahagian Bintulu. Agenda utama taklimat ini adalah untuk memberi penerangan serta penjelasan tentang peraturan-peraturan serta undang-undang yang akan digunapakai sepanjang kejohanan ini berlangsung pada 26 Mac 2022 bertempat di Stadium Bola Keranjang, Bintulu.
Seramai 21 orang individu telah menyertai taklimat yang berlangsung selama 3 jam yang terdiri daripada jawatankuasa penganjur, pengadil bertauliah bola jaring, pengurus pasukan serta beberapa orang pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang juga merupakan penganjur utama bagi program MSL 2022 Peringkat Bahagian Bintulu.
Sebelum mengakhiri sesi taklimat, jawatankuasa penganjur juga telah membuat cabutan undian bagi pasukan-pasukan yang akan bertanding untuk menentukan aturcara perlawanan. Taklimat selesai dengan ucapan kata-kata semangat daripada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan harapan agar kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak yang positif bukan sahaja terhadap para peserta malah kepada masyarakat setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 428
