- JBS Sarawak
- Hits: 363
PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) AKAN DITERUSKAN DI POLITEKNIK MUKAH
Mukah, 09 Mac 2022 – Perbincangan status pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Politeknik Mukah bersama dengan Encik Muhammad Fadli Bin Setopa, Penasihat Sekretariat Rakan Muda dan perbincangan program-program sukan bersama Encik Jeremy Anak Luguh, Pegawai Belia dan Sukan, Politeknik Mukah telah diadakan pada 08 Mac 2022 bertempat di Politeknik Mukah. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan penglibatan pelajar yang telah mendapat tahap gangga dan perak untuk ARPRM. Selain itu, penglibatan pelajar dalam Malaysia Sports League (MSL) Bahagian Mukah turut dibincangkan. Encik Mohammad Arbi Rosli, Encik Lanting Mala dan Encik Awang Mohamad Pakar Awang Abdul Wahab mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah hadir untuk berkongsi idea dan menyatakan kesediaan bekerjasama erat dengan pihak Politeknik Mukah demi pembangunan sosial dan sahsiah pelajar.
- JBS Sarawak
- Hits: 363
