- JBS Sarawak
- Hits: 501
PASUKAN WARMONGERS ESPORT MENJUARAI PERTANDINGAN SARAWAKKU SAYANG MOBILE LEGEND CHALLENGE 2020
KOTA SAMARAHAN, 12 JANUARI 2020 – Pasukan Warmongers Esport telah menjuarai Sayangku Sarawak Mobile Legend Challenge 2020 bersempena dengan Program Sayangku Sarawak 2020 bertempat di Perkarangan Tapak Pakir Dewan Suarah Kota Samarahan. Mereka yang berasal dari Kuching itu telah menewaskan 23 lagi pasukan yang berentap pada pertandingan tersebut.
Warmongers telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta Piala, manakala Naib Johan telah dimenangi oleh pasukan Red Sonia dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM800.00. Tempat Ke Tiga pula telah dimenangi oleh pasukan West Zone eSport dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00. Bagi Tempat Ke Empat pula telah dimenangi oleh pasukan Blackrose dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00. Manakala Pemain Terbaik telah disandang oleh saudara Mohd Hafiszad bin Buang dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100.00.
Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhs En. Abdul Rahman Sebli bin Senusi, Pengarah SIMU Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Jabatan Ketua Menteri diiringi oleh Tuan Haji Anuar bin Da’an Pegawai Daerah Kota Samarahan, En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir, Ketua Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan En Hazwan bin Hj. Salleh Baihaki, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Sarawak serta En. George Fredrick, Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Terdahulu, Pejabat Residen Bahagian Samarahan telah mengamanahkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan untuk melaksanakan Sarawakku Sayang Mobile Legend Challenge dengan kerjasama Sarawak eSport Association (SESA).
Sebanyak 24 pasukan dengan penyertaan seramai 120 orang peserta menyertai pertandingan selama satu hari tersebut dimana mereka telah bertanding dalam pusingan Upper Bracket dan Lower Bracket dengan format double elimination.
- JBS Sarawak
- Hits: 501
