BINTULU, 28 Februari 2022 – Isnin, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menerima kunjungan daripada Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat anak Nyalau bersama-sama dengan beberapa orang pegawai ICT yang juga daripada jabatan.
Kunjungan kali ini bukan sahaja berhasrat untuk menyantuni kakitangan pejabat belia dan sukan di bahagian, malah untuk memeriksa, memasang serta mengemaskini versi antivirus di setiap komputer meja dan komputer riba yang beroperasi di dalam pejabat. Perisian antivirus ini adalah langkah keselamatan yang harus dititikberatkan bagi mengelakkan ketirisan perisian kepada pihak luar.
Sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, tuan pengarah sempat memberi kata-kata semangat kepada pihak pejabat agar sentiasa mengamalkan prestasi kerja cemerlang bukan sahaja untuk kepentingan pejabat malah untuk pembangunan belia dan sukan setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 338
