- JBS Sarawak
- Hits: 381
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN), SIDANG I, PENGGAL KE-33, SESI 2021-2022, PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 381
SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2021 – MAKSAK Wanita Bahagian Samarahan telah menerima sejumlah dana daripada MAKSAK Wanita Negeri Sarawak kelmarin, 26 Oktober bertempat di Rumah Rehat Samarahan.
Dana tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Samarahan, Puan Hajah Latifah Teh daripada Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri, Y.Bhg Datin Amar Evelyn Ritikos.
Timbalan Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Samarahan yang juga Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Fatimah Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada MAKSAK Negeri kerana telah sedikit sebanyak dapat menampung tabung kewangan MAKSAK bagi melaksanakan aktiviti di Bahagian Samarahan khususnya kepada penjawat awam negeri dan persekutuan wanita di Bahagian Samarahan ini.
Terdahulu, sesi penyampaian Baucer Tunai MAKSAK Cares kepada penerima daripada kakitangan awam yang terkesan semasa pandemik telah disampaikan oleh Pengerusi MAKSAK Negeri Sarawak.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Norjanah Hj. Razali, Timbalan Pengerusi MAKSAK Negeri Sarawak, Puan Hjh Norhayati Mornie serta rombongan.
KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2021 – Muncul satu lagi badan sukan yang baharu yang telah di daftar dibawah Seksyen 17, Akta Pembangunan Sukan 1997 di Bahagian Samarahan iaitu RANGGAS HIKERS SPORT RECREATION CLUB yang baharu mendapat sijil Perakuan Pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Sarawak pada 17 Mei 2021 yang lalu.
Ranggas Hikers Sport Recreation Club ditubuhkan bagi merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan rekreasi dikalangan ahli serta mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan rekreasi diperingkat kelab.
Tahniah kepada Ranggas Hikers Sport Recreation Club di atas pendaftaran persatuan mereka.
KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2021 – Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menyertai lawatan ke Projek-projek di bawah Intergrated Regional Samarahan Developmet Agency (IRSDA) anjuran Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
Lawatan ke Pusat Pengoperasian Pemprosesan Sabut Kelapa di simpang Kampung Mang dan Pengoperasian Produk Hasilan Nanas di Sungai Mata telah diadakan pada 20 Oktober lalu bersama Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, YB. Dato Sri Hj. Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana Sarawak, YB. Datuk Hj. Mohd Noreden Hj. Majais serta Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, YB. Puan Hjh Rubiah binti Hj. Wang.
Dalam pada itu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Fatimah Abd Rahman menganggap lawatan sebegitu sangat berguna sebagai input untuk melaksanakan program-program berbentuk kemahiran dalam pertanian dan ternakan kepada belia-belia di Samarahan pada masa hadapan. Beliau juga menambah dengan adanya projek pertanian yang diusahakan bersama keluarga sudah pastinya akan dapat mencungkil usahawan belia dalam pertanian dan penternakan apabila ia diturunkan kepada anak-anak pengusaha kelak.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Tuan Haji Brahim bin Lumpu, Residen Bahagian Samarahan, Pegawai Pertanian Daerah Samarahan, JKR Samarahan serta pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bhg Samarahan.
Kemaskini Terakhir: 17-10-2026, 19:01:07