Sarikei, 13 Oktober 2021 –Baru-baru ini pertandingan Futsal Penalty Challenge telah berlangsung di Kampung Selalang sempena Hari Sukan Negara pada 9 Oktober 2021. Sebanyak 24 pasukan yang terdiri daripada belia di Selalang telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan telah dianjurkan di bawah gelembung sukan yang mana hanya melibatkan penduduk Kampung Selalang sahaja. Program telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pertandingan tersebut menunjukkan Kampung Selalang tidak ketinggalan dalam memeriahkan Hari Sukan Negara 2021 seterusnya ke arah masyarakat bersukan.
- JBS Sarawak
- Hits: 560
