Sarikei, 11 Oktober 2021 – KBS Free Style Challenge Virtual telah dianjurkan di Sarikei baru-baru ini bersempena Hari Sukan Negara 2021. Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei menjadi penganjur program tersebut yang melibatkan 60 orang penyertaan belia di Sarikei. Johan telah dimenangi oleh adik Raziq Saifullah, Naib Johan adik Alzam Bin Adis dan tempat ketiga adik Mohd Syazwan. Pertandingan tersebut telah memberi peluang kepada belia untuk mempamerkan bakat mereka dalam acara sukan yang diminati. Keputusan pertandingan mereka dinilai secara dalam video yang dihantar kepada urusetia mengikut syarat - syarat yang telah ditetapkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 444
