MIRI, 14 OKTOBER 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada rakan kerjasama penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2021, semalam.
Antara yang hadir untuk menerima sijil penghargaan HSN ialah Encik Robson Jok Laeng dan Encik Harrison Anyi Laeng dari Kelab Sukan Rekreasi Energetic Miri, Cik Natasya Essa Lewat dari IKBN Miri, Encik Ilias bin Ibrahim dari Miri Community Hero, En. Shafri bin Saad dari Kolej Komuniti Miri dan Encik Victor dari Kelab Kecergasan Evolution Fitness Permyjaya.
Sijil penghargaan disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
- JBS Sarawak
- Hits: 414
