Mukah, 7 Ogos 2022 – Pada 29 Julai 2022 yang lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Mukah telah membuat pemeriksaan penilaian aspek keselamatan pejabat. Penilaian tersebut dibuat adalah untuk proses penyediaan lanjutan tempoh sewaan kontrak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Pemeriksaan telah dibuat oleh Tuan Azman iaitu PPg.B Balai Bomba dan Penyelamat Bahagian Mukah bersama dengan Encik Stephen PBK II dari balai bomba yang sama. Hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa perkara yang perlu diperbaharui dan diambil tindakan segera iaitu alat pemadam api yang perlu diisi semula kerana telah mencapai tarikh luput.
- JBS Sarawak
- Hits: 251
