Sibu,14 Ogos 2022- Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Bahagian Sibu telah melabuhkan tirainya dengan menyajikan pelbagai aktiviti menarik khususnya utk komuniti Sibu. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Penghulu Ting Tien Huat mewakili YB Michael Tiang bertempat di Pasaraya Swan Square. Manakala Sibu Fun Ride Flag- Off telah disempurnakan oleh Tuan Residen Bahagian Sibu, Tuan Wong Hee Sieng bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan HBN ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penganjur bersama Kelab Iban Mansang Bawang Assan dan tidak dilupakan juga kepada :
1. Kelab Kecergasan LCHFS Sibu
2.Sibu’s Mixmotor Sports Recreation Club
3.Sibu District Esports Club
4.Goohet Cycling Club
5.Kelab memanah Teku
6.Soul Steady
7.Persatuan Pengkarya Pemuzik Artis Melanau Sarawak
8. Cikgu Dayang Serimah
9.Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
10.PERKESO
11. Swan Square.
Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang .
- JBS Sarawak
- Hits: 194
