KUCHING, 17 OGOS 2022 - Seramai 18 orang Pegawai Belia dan Sukan dari seluruh negara berkumpul untuk mengikuti Kursus Refresher UKJK Tahap 1 atau lebih dikenali sebagai Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Kursus ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam bermula dari 16 hingga 19 Ogos 2022 di Penview Hotel, Kuching, Sarawak.
Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mengimbas kembali modul-modul dan elemen di dalam UKJK seperti anatomi, etika, analisa, permarkahan dan banyak lagi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir Encik Norasrudin bin Sulaiman, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Selangor dan Dr. Siti Hartini bin Azmi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI, Perak selaku Fasilitator untuk kursus ini.
Manakala Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Manakala Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 243
