- JBS Sarawak
- Hits: 282
SUKARELAWAN MENJADI TULANG BELAKANG SUKANEKA RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI DI DARO
Mukah, 17 Ogos 2022 – Sukaneka Randau Solidariti Komuniti telah diadakan pada 11 Ogos 2022 di Dewan Kemas Daro. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti tersebut bersama sukarelawan dari Mukah dan Daro. Gabungan sukarelawan dari daerah yang berlainan membuktikan perpaduan dan semangat kuat untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan sesuatu program.
Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut meluangkan masa bersama sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program sukaneka tersebut. Program tersebut telah disertai komuniti setempat di daerah Daro dan program seperti ini mampu memupuk hubungan erat di kalangan penduduk kampung.
- JBS Sarawak
- Hits: 282
