MIRI, 26 OGOS 2022 – Program Youth Career Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung pada 26-27 Ogos 2022 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri. Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi antaranya PERKESO, IKBN Miri dan industri-industri yang terdapat di sekitar Bahagian Miri. Terdapat beberapa aktiviti telah di jalankan antaranya Sesi Temuduga melibatkan 24 industri dan seramai 305 calon telah ditemuduga.
Selain itu juga antara aktiviti yang dijalan adalah Sesi Persediaan dan Penilaian (Ceramah Employability bersama PERKESO). Sesi Perkongsian bersama Usahawan Belia iaitu En.Roydy Bin Ismail - Tusan Icecream DAN Sesi Perkongsian bersama Institut Kemahiran - Laluan kerjaya melalui kemahiran bersama IKBN,PPKS dan Kolej Komuniti Miri.
Selain itu juga,sesi perkongsian bersama industri turut diadakan. Manakala, jualan makanan dan produk tempatan juga diadakan di padang kawad,luar dewan hospitaliti bagi mempromosikan produk tempatan di samping dapat menambah dan meningkatkan pendapatan usahawan tempatan. Pameran industri dan agensi turut diadakan pada 27 Ogos 2022 dimana terdapat 10 agensi dan 3 industri yang terlibat bagi memberi info dan mempromosikan peranan dan fungsi agensi/industri masing-masing.
Program Youth Career pada kali ini telah dilaksanakan bersama Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 yang dirasmikan Yang Berhormat Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak bersama Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia Dan Sukan), Yang Berhormat Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan), Yang Berhormat Encik Shafiee Bin Ahmad Setiausaha Agung Saberkas Negeri, serta Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Diharapkan program sebegini mampu memberi impak kepada belia massa untuk mendapat maklumat dan peluang mengikuti latihan dan penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri dan meningkatkan penawaran pekerjaan kepada belia melalui kerjasama strategik dengan majikan bagi menyokong keperluan tenaga kerja di karidor ekonomi negara serta dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran terutama di kalangan belia sekaligus menyokong agenda kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 206
