- JBS Sarawak
- Hits: 174
LAWATAN BERSAMA PENGARAH JBSN SARAWAK DAN PENGARAH CAWANGAN PEMBANGUNAN SUKAN REKREASI, JBSN KE TAPAK KEJOHANAN MYBORNEO E-FORCE INVITATIONAL 2.0
KUCHING, 16 FEBRUARI 2023 – Delegasi dari Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan tapak Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2.0 yang bakal diadakan pada 16 hingga 19 Mac 2023 bertempat di Riverside Majectic Hotel, Kuching.
Lawatan ini telah ditaklimatkan oleh En. Afiq Fadhli Narawi, Presiden Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) selaku rakan pelaksana bagi Kejohanan kali ini. Sebanyak 4 acara utama akan bakal diadakan iaitu pertandingan Grand Final Mobile Legend, FIFA 2023, Dota2 dan PUBGM, disamping itu juga terdapat Sarawak Esports Expo 2023 dan Sarawak Esports Championship (SEC) akan berlangsung di tempat yang sama. Kejohanan kali ini akan melibatkan seramai lebih kurang 150 orang atlet dan jurulatih dari seluruh negara dan juga dari luar negara iaitu Brunei Darussalam dan Indonesia.
Rombongan dari Jabatan Belia dan Sukan Negara diketuai oleh Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut bersama ke lawatan tersebut ialah Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai dari JBSN dan JBS Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 174
