Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 3 November 2023 - Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Kapit 2023 masih giat dilaksanakan dengan penganjuran Pertandingan Dart Tertutup Kapit yang telah diadakan pada 29 Oktober yang lalu di Dewan Masyarakat Kampung Muhibbah, Kapit. Pertandingan ini telah disertaikan lebih daripada 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi serta NGO di daerah Kapit. Penganjuran ini merupakan siri yang pertama yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Dart 96800 Kapit. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Abdul Mutalib Abdul Razak, Pengerusi kelab kepada para pemenang. Johan dan Naib Johan telah menerima wang tunai sebanyak RM150 dan RM100. Manakala di Tempat Ke-3 dan Ke-4 masing-masing menerima hadiah berjumlah RM50.00. Encik Abdul Mutalib menyeru agar lebih ramai lagi penyertaan bagi sukan ini pada masa akan datang. Kelab dart di Kapit masih lagi baru ditubuhkan pada tahun ini dan menyasarkan lebih ramai lagi belia untuk menceburi sukan ini. Selain daripada bertandingan untuk merebut hadiah yang disediakan, para pemain dapat berkenalan antara satu sama lain yang berlainan latar belakang, ujar beliau. Siri yang terakhir dijangka akan diadakan pada awal Disember depan dengan menawarkan jumlah hadiah yang sama.
- JBS Sarawak
- Hits: 179
