Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 Januari 2024- Program Malaysia Active@Motorsports Klass Cub Prix KBS 2023 Zon Sarawak telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kehadiran sebanyak 20 peserta yang mengikuti program ini.
Program ini dianjurkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenal pasti bakat dikalangan anak-anak muda dan belia lingkungn 13-25 tahun. Antara pengisian program ini dilaksanakan adalah keselamatan, undang-undang dan teknikal berkaitan perlumbaan selama dua hari penganjuran.
Majlis Perasmian Penutupan Program telah dihadiri oleh Encik Dennis Anak Dempi, Cawangan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 189
