Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 31 JANUARI 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada Kelab Belia Kampung Long Pilah semalam ke pejabat. Tujuan kunjungan ini ialah untuk menerima sijil perakuan pendaftaran Kelab Belia Kampung Long Pilah yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di bawah subseksyen 9(1) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) pada 15 Januari 2024.
Sebelum penyerahan sijil, sedikit penerangan dari Puan Magdline anak Eddie Saga, Unit Pembangunan Belia mengenai Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Pelaporan Tahunan untuk perhatian Kelab. Penyerahan sijil telah dilakukan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri kepada Encik Steward Sigar, Pengerusi Kelab Belia Kampung Long Pilah. PBSB Miri sekali lagi mengucapkan tahniah atas penubuhan kelab belia ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 165
