BINTULU, 5 FEBRUARI 2024 – Selasa lepas, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari bin Mohammad telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Rombongan beliau turut disertai oleh dua (2) orang Pegawai Belia dan Sukan JBSN iaitu Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi serta Encik Ahmad Shauki bin Saad. Turut hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Lamat anak Nyalau yang telah mengiringi rombongan Ketua Pengarah daripada Sibu, Mukah hinggalah ke Bintulu sepanjang tiga (3) hari lawatan beliau di Sarawak pada kali ini.
Rombongan beliau telah mengambil kesempatan untuk melawat Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu yang mana bukan sahaja untuk menyantuni pagawai-pegawai di Pejabat Bahagian malah turut mengambil berat tentang keperluan di pejabat-pejabat Belia dan Sukan khususnya diperingkat Bahagian.
- JBS Sarawak
- Hits: 284
