Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 FEBRUARI 2024 – Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah melakukan kunjungan rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 5 Februari 2024. Beliau turut diiringi Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kunjungan rasmi beliau dan pengarah adalah untuk mengambil maklum tentang beberapa perkara yang melibatkan keperluan pejabat di peringkat bahagian seterusnya kebajikan kakitangan yang bekerja.
Beliau juga turut mendengar taklimat ringkas berkenaan bahagian Mukah dan pelaksanaan program pejabat sepanjang tahun 2023 daripada Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Selain itu, beliau turut beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan pejabat seterusnya menandatangani buku pelawat sebelum bersurai meninggalkan pejabat. Pegawai dan kakitangan pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan rasmi yang telah dibuat dan berharap akan ke Mukah lagi pada masa mendatang.
- JBS Sarawak
- Hits: 146
