- JBS Sarawak
- Hits: 110
PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DI DAERAH MUKAH
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 2 APRIL 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput bersama ke Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Daerah Mukah pada 1 April 2024 bertempat di Menara Tinjau, Jalan Boulevard Mukah dan Bazaar Ramadhan Medan Ria Mukah. Program tersebut telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli dan Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab mewakili pejabat.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’Hajah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P 213 Mukah. Beliau turut bersama-sama mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan bubur lambuk kepada pengguna kenderaan di kawasan tersebut. Sejurus itu, beliau sempat beramah mesra dengan peniaga di Bazaar Ramadhan Medan Ria Mukah sambil mengagihkan bubur lambuk kepada mereka. Hadir sama Tuan Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat dan ketua kaum di daerah Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 110
